Sunday, October 19, 2014



Sayang ku itam.. warded... Ya ALLAH.. sembuhkanlah sakit itam.. kembalikan lah kesihatan itam  Lindungi dan peliharalah itam.. dari segala bahaya...dan semoga dia terus.. sihat dan tetap jadi buah hati pengarang jantung untuk kami..  ameen.

Friday, February 22, 2013

Happy Bday to me..

Assalam..semua,

Ehm rasenye dah lama sangat dah tak berblog nih... esok insha Allah genap.. usia masihi 38 tahun.. ehm dah tua rupanya diri ini... (-:

anyway YA ALLAH... aku mohon sangat2 kurniaan mu supaya hambamu yg lemah ini dikurniakan kekuatan utk menempuh segala cabaran, dipermudahkan segala urusan dan dikabulkan segala hajat... amin


aku mohon juga YA ALLAH.. semoga hidup aku dan seluruh ahli keluarga ku dikuatkan iman, dilimpahkan dengan hidayah dan rezeki yang baik sentiasa.  Berkati hidup kami dan ampunkan lah segala dosa kami...


RABBI YASSIR WALA TUASSIR, RABBI TAMMIM BIL KHAIR...

Gambar Kek pinjam...(-:

Friday, March 16, 2012

Almarhumah Mariah Binti Ab. Aziz dalam kenangan

Arini, hati ini masih kosong.. terkenangkan almarhumah long..masih teringat saat2 akhir arwah.. dalam kami..mengucapkan kalimah lailahailallah ditelinganya.. kami masih berharap.. namun melihat penderitaan almarhumah.. perginya sungguh tenang.. nafas terakhirnya..tidak kami sedari.. cuma mesin nadi itu..yang berbunyi.. dengan panjang.. menyentap hati kami.. dan bila doktor mengesahkan dan mesin dimatikan.. kami masih tidak percaya.. dan tergagau2.. tak tau.. apa yg patut kami buat..kecuali air mata saja.. yang mengalir.. anak2nya.. menangis teresak2.. dan bila tersedar.. barulah sorang demi sorang..panggilan dibuat.. beritahu... long dah takde.. Ya ALLAH kalau lah boleh kuputarkan semula masa yang berlalu.. terasa diri ini..adik yang entah apa... di bulan2 yang terakhir itu.. kesibukan ku mengatasi segalanya.. sampai adik mu ini... tidak menelefon.. bertanya khabar.. memberi sokongan...maafkan aya.. long... terasa.. betapa lah.. urusan dunia.. telah melalaikan ku.. Ya ALLAH.. ampunkan lah aku...

Long dilahirkan pada 10/10/1960. seorang kakak sulung yang aku rasekan tak ada galang gantinya.. Masih ingat lagi, masa mula-mula long bekerja.. duit gajinya yang tak sebanyak mana itu abis dibelanjakan untuk beli baju raya adik-adik. Bila kebuntuan.. long jugalah jadi tempat rujukan.. sehinggalah.. sebenarnya long jugalah.. yang menguatkan dan membantu aku untuk membuat keputusan.. samada nak meneruskan rancangan pertunangan sbelum p sydney sambung belajar dulu..atau tidak..

Dirumah long jugalah tempat kami adik beradik menumpang teduh setiap kali nak memulakan langkah.. hidup di kuala lumpur.. dari kak mas, kak idah, ayu.. aku hingga ke ceni.. rumah long lah tempat kami...masih ingat lagi bang long lah yang menghantar aku p mula-mula nak daftar di utm KL... pokok pangkalnya memang longlah selama ni tempat kami menumpang kasih..bila jauh dari abah dan emak..di kampung..

Sebagai anak sulung pula.. long cukup taat.. tak silap ingatan.. mak pernah cerita.. setiap kali mak bersalin.. kalau perlu.. kadang kalau abah suruh balik jaga adik2.. bantu mak.. dia tak hadir ke sekolah... pernah belum start cuti..pun abah ambik long... balik dari sekolah kat sekolah menengah penggawa barat..pontian.. long ikut aja..

Selepas..spm.long sambung belajar di sekolah arab tampok... sehingga lulus 4 sanawi.. long pernah juga.. belajar.. di pusat latihan pertanian kluang.. last2 long keja jadi ustazah kat KL..Selepas itu.. pada tahun 1990 kalau tak silap.. long telah dipertemukan jodoh dengan abang long.. Majlis di buat masa tuh.. 15.11 tak silap.. majlis persandingan long.. dibuat sekali dengan majlis ngah.. masa tuh juga.. aku tengah sibuk nak periksa sekolah..khas.. ehm ambik periksa tapi takde gred pun.. sbb masa tuh nak sedap kan ati sendiri... sibuk tolong majlis long.. tapi actuallynya.. sebab.. tak cukup study rasenya.. haha

ehm.. lepas jer long berkahwin.. long pun berhenti keja.. masa tuh keputusan yang long ambil tak berapa dipersetujui abah.. tapi agaknya itulah yang terbaik.. sebab long dapat tumpukan.. masa jaga anak dan suaminya... dari perkahwinannya itu alhamdulillah long dikurniakan.. 4 orang anak + 2 anak tiri... kesabaran long menjaga anak2 nya.. yang 6 orang ini.. berbaloi..kini.. anak2nya.. dah besar.. long tinggalkan.. 2 anak tiri yang telah bekerja dan berkahwin Amzari dan amnieza.. sorang anak perempuan amalina.. yang sedang menuntut di Universiti, anak keduanya.. amir..sekarang rasenya.. sekarang di sekolah integrasi (17 thn), kemudian amnan.. 15 thn.. dan aiman... tingkatan 1 disekolah tahfiz.. semua anak2nya.. masih memerlukan kasih ibu.. diharap semua anak2 ini tabah dan kuat... untuk meneruskan perjuangan dan kehidupan mereka.. di harap..mereka dipermudahkan urusan..berjaya dunia akhirat , tidak lupa pada pengorbanan ayah.. dan tidak lupa mendoakan emak mereka..yang telah pergi..dan jangan lupa.. kami.. adik2 long..ini pak sedara dan mak sedara.. mereka masih ada.. selain ayah..

Kalau ikutkan.. panjang lagi nak cerita.. tapi takut.. air mata ini tak boleh berhenti.. lagi nanti.. long sebagai seorang emak, anak, menantu, isteri dan kakak yang dikasihi dan disayangi semua.. almarhumah..juga punya jiran dan kawan-kawan yang amat baik.. yelah almarhumah memang seorang yang baik, peramah dan disenangi semua.. Semasa dia sakit, ada saja.. yang datang membantu.. dan bertanya khabar..begitu juga bila almarhumah terlantar di hospital dan semasa menghembus nafasnya yang terakhir.. beliau dikelilingi rakan2 dan keluarga.. cuma.. di hembusan nafas nya yang terakhir.. abang long tidak disisi.. tapi tak mengapalah.. abang long dah menjaga almarhumah.. sepanjang masa berbulan2.. betapalah tabah dan sabarnya bang long menjaga long... sehingga keakhirnya.. Setinggi2 pernghargaan.. pada semua.. yang membantu.. dari awal hingga akhir.. dan tidak putus2.. membacakan doa dan ayat suci al-quran di sisi arwah..sehinggalah.. menghantar almarhumah.. ke tempat persemadian yang terakhir..

Semoga arwah..ditempatkan dikalangan para solihin..disyurga.. semoga kekuatan dan ketabahan almarhumah menghadapi dugaan menjadi teladan semua.. semoga anak-anak dan suami yang ditinggalkan terus tabah.. kami adik beradik takkan dapat melupakan... kasih kakak sulung kami..ini...perginya takde galang gantinya... namun... kami redha... ALLAH lebih sayangkan dia dan mungkin ini yang terbaik baginya setelah menderita sakit.. berbulan2... menghidapi cancer paru2 tahap 4..

Yang pergi.. biarlah dia pergi.. Mudah-mudahan rohnya.. bersemadi dengan aman disana..Ya ALLAH.. kau tempatkan lah arwah kakak ku ini.. dikalangan hambamu yang kau kasihi... disyurga...amin dan kita..yang ditinggalkan ini.. dapat meneruskan hidup dengan sebaiknya.. bertabahlah..

Mariah Ab. Aziz (10/10/60-14/3/2012) dalam kenangan..al-Fatihah..

catatan..16/3: pkl 5 petang..

Tuesday, January 24, 2012

Alma di Pantai Minyak Beku

Sempat gak berjalan2 kat minyak beku.. first time utk mama tapi alma dah selalu ayah dia bawak.. so ni dia gambar masa p.. sana bulan lepas..




alma ngan ayah..


alma jalan2 naik cari perigi Batu Pahat




alma n mama betul2 kat tepian pantai..





Bot ker kapal.. masa ni air laut keruh sbb baru lepas hujan kot.. masa tuh amaran jgn p pantai.. tapi p juga.. (-:






Catatan Mokteh 25.12.2011

Thursday, January 5, 2012

After about 6 months comeback to Malaysia

ehm.. time is so precious and will leave us out without we realize it..time that is gone cannot come again to us... argghhhh

Diam tak diam.. dekat 6 bulan dah balik Malaysia.. Alma dah makin besar.. bulan depan.. 2 tahun dah dia... cepat betul masa berlalu.. PhD mama jer tak siap2 lagi.. banyak sangat perkara yang berlaku dan kadang2 tak mampu nak kejar semua... rumah kat parit raja.. insyallah dah semakin siap.. tak sabar rasenye nak duduk rumah baru... Walauapapun.. my first priority now is to complete my study.. May ALLAH.. help me. Please YA ALLAH give me strength and hidayah.. amin...

Friday, July 1, 2011

Alma..tunjuk gigi

tengah2 demam pun blh senyum tunjuk gigi kat ayah eh.. rindunye mama kat alma...

Friday, June 3, 2011

tetiba rase rindu..

suka betul anak mama ni.. letak kaki atas dashboard stroller.. (-: